Thursday, March 24, 2011
Friday, September 24, 2010
Dewan makan Rumah Yakin Al-Wadi siap sepenuhnya
Sep-2010, setelah sekian lama dalam proses pembinaan, akhirnya dewan makan untuk anak-anak yang menghuni di Rumah Yakin Al-Wadi siap sepenuhnya (sekitar Jun-Julai 2010). Ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua penderma yang dermawan yang sudi menghulurkan sebahagian rezeki pemberian Allah kepada anda untuk kemudahan anak-anak yang menumpang berteduh di sini sementara menanti dewasa untuk mereka bersedia meredah pancaroba kehidupan kelak.
Ucapan terima kasih terutamanya kepada Persatuan QMC dari Ireland yang melalui usaha kalian terkumpul dana yang sangat signifikan sehingga membolehkan pihak kami menyelesaikan semua kerja-kerja berkaitan dan hutang-hutang tertunggak. Begitu juga kepada individu dan persatuan-persatuan yang datang dari seluruh pelusuk negara yang tak putus-putus memberi bantuan dalam bentuk tenaga dan kewangan. Terlalu banyak dan sukar untuk kami hitung satu persatu. Ingatlah keihlasan sumbangan tuan/puan akan tersimpan dalam catatan Allah yang kekal untuk dibuka pada hari mizan. Untuk TV3, akhbar Sinar Harian dan lain-lain, moga simpati kalian mendapat ganjaran baik dari Allah SWT.

Monday, May 31, 2010
31 May 2010, pembinaan dewan Makan Rumah Yakin Al-Wadi kini bersambung semula dengan rancaknya setelah sumbangan dari seorang penderma dari Ireland yang disumbangkan melalui Queen’s Malay Club (QMC) Belfast, Ireland tiba pada pertengahan Mei yang lalu. Sumbangan yang diterima agak besar, cukup memberi kelegaan kepada pihak kami yang selama ini agak kesempitan antara keperluan makan penghuni disini serta keperluan pembangunan untuk kemudahan mereka. Dengan jumlah yang disumbangkan ini dapatlah kami menyelesaikan kerja-kerja pembinaan yang tertangguh, menyelesaikan baki hutang yang tertunggak dan sebagainya.
Pihak kami mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada usaha murni Ustaz Nabir dari Belfast atas usaha beliau dan rakan-rakan membantu kami disini. Semoga usaha murni ustaz dan rakan-rakan disana mendapat ganjaran baik dari Allah di dunia dan Akhirat kelak.
Monday, April 12, 2010
Dewan makan 95% siap
Akhirnya dewan makan anak-anak RYA sudah menampakkan wajah. Bersempena dengan nama Al-Wadi - Lembah, dewan makan ini dibangunkan di atas lembah yang dibawahnya mengalir sungai kecil. Dewan ini sudah 95% siap. Baki yang tinggal hanya pendawaian lampu dan siling saja lagi. Dianggarkan kos untuk menyelesaikan semua ini adalah dalam sekitar RM10,000.00.
Ramai pihak yang datang menghulurkan bantuan, antaranya adalah Anggota Briged 6 yang menolong mengecat bangunan ini disusuli dengan taklimat kesihatan kepada anak-anak RYA pada awal Mac 2010 yang lalu.
Walau pun belum siap sepenuhnya, dewan ini sudahpun digunakan sejak Ogos 2009. Bangunan ini berupaya menampung kapasiti maksima sehingga 150 orang.
Sekali lagi pihak kami ingin menyatakan setinggi penghargaan kepada yang bermurah hati menabur bakti meringankan beban yang ditanggung. Sumbangan untuk menyiapkan baki yang tinggal adalah sangat diharapkan, Semoga jasa kalian disuratkan sebagai amal baik dan gandakan pahala oleh Allah SWT. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Cadangan pertambahan penghuni RYA ?
Meskipun permintaan semakin bertambah untuk menghantar anak-anak yatim dan kurang bernasib baik untuk ditempatkan di sini, pihak kami tidak lagi berupaya menampung keperluan tersebut. Kini penghuni anak-anak di RYA seramai 66 orang. Pihak kami tidak lagi bercadang menambah bilangan pelajar melebihi 70 orang. Dengan tenaga kerja yang ada dan keperluan perbelanjaan operasi dalam menguruskan pusat ini yang memerlukan kos sekitar RM30K sebulan, pihak kami tidak bercadang menambah lagi bilangan pelajar.
Pihak kami walaubagaimana pun akan sentiasa meneliti latarbelakang pelajar baru untuk kes-kes yang sangat mendesak terutama yang melibatkan soal akidah anak-anak, pihak kami masih terbuka kepada keadaan seperti ini.
Disebabkan kos operasi yang tinggi, perbelanjaan pembangunan kemudahan pelajar seperti bangunan asrama, dewan makan serta bangunan pembelajaran tahfiz berjalan agak perlahan. Namun begitu pihak kami sangat berterima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati memberi sumbangan dalam apa jua bentuk sekali pun demi memastikan kebajikan anak-anak penghuni RYA mendapat pembelaan yang sewajarnya. Semoga Allah jua membalas jasa kalian.

Program pengajian tahfiz
Selaras dengan penubuhan asal bagi mendalami pengajian Islam dikalangan anak-anak , Rumah Yakin Al-Wadi melangkah setapak lagi kearah merealisasikan hasrat ini. Dengan sumbangan dan bantuan orang ramai, pihak kami kini dalam perancangan menyiapkan bangunan khusus bertujuan untuk menampung pusat pengajian tahfiz.
Pusat pengajian ini dirancang menampung seramai 40 orang pelajar yang berumur diantara 15 tahun hingga 18 tahun. Pengajian tahfiz sepenuh masa terbuka kepada mereka yang berminat dan boleh memilih untuk tinggal di asrama atau menuruskan sendiri keperluan asrama mereka. Pusat pengajian ini dijangka mula beroperasi pada bulan Julai 2010 ini. Kepada yang berminat boleh menghubungi Ustaz Daud.
Nasyid - Aktiviti riadah anak-anak
Kumpulan nasyid ditubuhkan pada Jun 2009. Seramai 14 anak-anak menyertai kumpulan ini yang mendapat bimbingan guru yang berpengalaman. Dengan berkat kesabaran dan kegigihan anak-anak ini, mereka kini berkebolehan mengadakan persembahan dikalayak ramai. Terbaru kumpulan ini dijemput mengadakan persembahan di TV3 Sri Pentas.
Set kelengkapan peralatan ini adalah sumbangan dari individu yang ingin melihat kepelbagaian aktiviti yang berfaedah yang boleh diceburi oleh anak-anak ini selain dari mendapat sumbangan hasil dari pertunjukan yang diadakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)