Sunday, April 20, 2008

Rumah Yakin Al-Wadi


Pengenalan

Rumah Yakin Al-Wadi adalah merupakan subuah Institusi badan kebajikan yang berorientasikan pendidikan tanpa mencari sebarang keuntungan materialistik. Beroperasi melalui sumbangan orang ramai. Ianya menyediakan kemudahan tempat tinggal asrama, makan dan minum, pakaian, pembelajaran akademik serta diniah kepada segelintir anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin tegar untuk meneruskan kehidupan tetapi terhalang oleh kedaifan setelah hilang tempat bergantung.

Ianya juga meyediakan aktiviti sebagai pembelajaran kepada pelajar disini melalui sembahyang jenazah, tahlil dan arwah, sembahyang hajat, membaca Yaa'sin juga Aqiqah dan Qurban.

Ditubuhkan pada Julai 2001 Oleh Allahyarham Ustaz Mohd Hussain Bin Haji Abdul Rahman bersama rakan-rakanya yang cintakan pendidikan Islam. Beliau merupakan seorang iman khairiah Kampung Ceruk Bemban, Kupang dan juga guru agama di salah sebuah sekolah menengah agama di daerah ini.

Diperingkat awal penubuhan, rumah ini telah memulakan sesi pengajarannya dengan mengambil seramai 18 pelajar yang ditempatkan sementara di sebuah bangunan di Kampung Ceruk Sikin Mukim Pulai, Kupang, Kedah.

Setelah sesi pengajian pertama berjalan selama dua tahun, sambutan yang diterima daripada masyarakat semakin menggalakkan. Kini jumlah pelajar yang tinggal disini telah meningkat kepada 70 orang. Rumah ini tidak dapat lagi menampung kapasiti yang semakin meningkat. Justeru itu pihak Lembaga Tadbir sekolah mengambil keputusan untuk berpindah ketempat yang lebih selesa dan kekal iaitu di Lot 4185, Mukim Pulai, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujukkan kepada

Rumah Yakin Al-Wadi, Lot 4185, 09200 Kupang, Kedah Darul Aman. Tel: 04-4724895 Faks: 04-4707728,

HP: 013-4001001 (Ustaz Daud )

------------------------------------------------------------------------------------------------


Antara penghuni Rumah Yakin Al-Wadi- Adik Zulaikha

6-Oktober-2007

Matanya bundar. Usianya baru 5 tahun. Adik kecil comel ini Zulaikha namanya adalah diantara 70 penghuni Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang yang diseliakan oleh Ustaz Daud Rahman.

Zulaikha menghuni disini sejak 5 bulan yang lalu. Disini dia dan 69 lagi anak2 yang senasib dengannya menumpang kasih Ustaz Daud bersama dengan 4 lagi pembantunya. Ustaz Daud menggalas tanggungjawab besar menjadi penaung dan "Abah" kepada mereka. Anak2 yang kurang bernasib baik menyimpan beribu cerita duka akibat kepincangan hidup masyarakat sehingga membawa mereka terpaksa menumpang kasih di rumah Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang.