Friday, September 24, 2010

Dewan makan Rumah Yakin Al-Wadi siap sepenuhnya



Sep-2010, setelah sekian lama dalam proses pembinaan, akhirnya dewan makan untuk anak-anak yang menghuni di Rumah Yakin Al-Wadi siap sepenuhnya (sekitar Jun-Julai 2010). Ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua penderma yang dermawan yang sudi menghulurkan sebahagian rezeki pemberian Allah kepada anda untuk kemudahan anak-anak yang menumpang berteduh di sini sementara menanti dewasa untuk mereka bersedia meredah pancaroba kehidupan kelak.

Ucapan terima kasih terutamanya kepada Persatuan QMC dari Ireland yang melalui usaha kalian terkumpul dana yang sangat signifikan sehingga membolehkan pihak kami menyelesaikan semua kerja-kerja berkaitan dan hutang-hutang tertunggak. Begitu juga kepada individu dan persatuan-persatuan yang datang dari seluruh pelusuk negara yang tak putus-putus memberi bantuan dalam bentuk tenaga dan kewangan. Terlalu banyak dan sukar untuk kami hitung satu persatu. Ingatlah keihlasan sumbangan tuan/puan akan tersimpan dalam catatan Allah yang kekal untuk dibuka pada hari mizan. Untuk TV3, akhbar Sinar Harian dan lain-lain, moga simpati kalian mendapat ganjaran baik dari Allah SWT.