Monday, August 31, 2009

Sumbangan penderma dah nampak perubahan.














Awal bulan Ogos yang lalu (2009) saya dan mem berkesempatan menziarahi rumah anak-anak yatim Yakin Al-Wadi bersama dengan Ustaz Nabir yang baru pulang dari UK. Perjalanan petang tu agak lancar. Baru lepas hujan, cuaca nampak segar dengan udara sunguh nyaman.

Ustaz Nabir dengan 3 anaknya, emmm speaking berabuk penuh mulut, jenuh jugak dok perembang apa yang budak-budak ni dok berborak sesame depa. Teringat Adam yang kecik sekali mengomel pada abahnya, “abah abang is kacauing me”. Apa budak ni cakap? Tau agaknya apa yang dok dalam kepala saya, Ustaz Nabir explain kacauing tu kacaulah. Oooo kacauing tu kacau. Patutla dok pening mana ada perkataan kacauing dalam bahasa Inggeris.


Dah hampir setahun saya tak singgah di Rumah Yakin Al-Wadi sejak program terakhir sumbangan dana pembangunan bagi membantu menyiapkan bangunan yang telah sekian lama tersadai. Masih terbayang rupa bangunan yang mengharapkan sumbangan dari orang ramai seperti dibawah. Ustaz Daud dulu pernah bagi tau, nak saiapkan bangunan ni perlukan lebih dari RM50K. Saya masih terbayang bangunan tu tak banyak berubah.






Pusat Aktiviti Pelajar Rumah Yakin Al-Wadi Oct-2008








Menjejakkan kaki kesana pada awal Ogos lalu agak memeranjatkan. Perkembangan disana agak menarik. Ustaz Daud memaklumkan bahawa sumbangan kepada pembangunan infra disana agak memberansangkan dan masih berterusan hingga kini bermula selepas sumbangan terakhir dari TKO/UO dan rakan-rakan dari ceruk rantau yang entah dari mana pada tahun lepas, dan hingga kini sumbangan masuk tak pernah putus. Kini bangunan tersebut dah menampakkan wajahnya.















Dewan makan Rumah Yakin Al-Wadi Ogos-2009



Anak-anak Al-Wadi yang baru selesai menunaikan solat Asar, sedang berbaris untuk makan petang.

.










Inilah rupa dalam bangunan yang dibangunkan yang akan menempatkan ruang makan dan tempat belajar anak-anak disana. Ustaz Nabir sedang berbual dengan salah seorang pelajar yang kebetulan baru pulang dari Mesir.










Tidaklah secantik mana, tapi sudah dikira cukup baik berbanding tempat makan mereka setahun yang lalu yang beralaskan 2 keping papan panjang dan berbumbungkan plastik oren-biru yang pastinya akan menambahkan kuah dari langit kedalam talam hidangan makanan mereka.















Ust Daud minta saya menyampaikan salam kepada semua penderma yang telah menghulurkan bantuan sehingga hasrat menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak disana dapat disediakan untuk memenuhi keperluan anak-anak disana. Moga sumbangan tuan-tuan dan puan-puan di luar sana mendapat laba di akhirat kelak.


Dalam perjalanan pulang, Ustaz Nabir berjanji pada saya mencari sedikit sumbangan dari rakan-rakan dari UK. Semoga usaha Ustaz Nabir berjaya.